Laman ini dibina untuk kemudahan guru-guru J-Qaf atau guru-guru di tahun satu mengajar murid-murid mereka. Bermain sambil belajar merupakan cara pengajaran yang efektif untuk kanak-kanak lebih-lebih lagi dengan pengajaran jawi.
Belajar huruf hijaiyah sucara online, diharap dapat lebih menarik minat dan interaktif untuk kanak-kanak. Kombinasi komponen perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, perkembangan kerohanian dan moral, perkembangan sosio emosi serta kreativiti dan estetika menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mudah diterima oleh murid-murid.
Objektif Pengajaran
1- Murid-murid dapat mengenal bentuk huruf-huruf hijaiyah jelas
2- Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf hijaiyah dengan betul
3- Murid-murid dapat mengingat turutan huruf-huruf hijaiyah dengan baik
Tahap Pembelajaran
Pembelajaran huruf jawi secara online ini dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap ini diberikan mengikut tahap pencapaian murid-murid untuk satu-satu pengajaran.
1- Tahap 1 – sebutan huruf-huruf hijaiyah
2- Tahap 2 – bentuk huruf-huruf hijaiyah
3- Tahap 3 – turutan huruf-huruf hijaiyah
Dalam setiap tahap terdapat sekurang-kurangnya 2 bahagian. Iaitu bahagian pembelajaran, bahagian aktiviti dan bahagian latihan. Bahagian aktiviti pula akan digabungkan dengan aktiviti seperti mewarna dan lain-lain.
GUNAKAN LAMAN INI SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK PENGAJARAN HURUF-HURUF HIJAIYAH KEPADA KANAK-KANAK. SELAMAT BELAJAR
Sila lihat pada PAUTANMENU untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Sila lihat pada PAUTANMENU untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
4:45 AM |
Category: |
0
comments